Semasa di Makkah, jadual perjalanan dimaklumkan oleh Mutawwif dari semasa ke semasa. Ini adalah untuk penyelarasan masa serta dapat memastikan kelegaan suasana jemaah yang ramai.
a) Ziarah Luar ke Jabal Thur dan Jabal Rahmah. Semasa perjalanan bas, jemaah akan ditunjukkan dari dalam bas iaitu Arafah, Jabal Nur, Muzdalifah, Mina (tempat melontar seperti Jamratul Aqabah, Ula dan Wusta)
Jemaah akan dibawa ke Ja'ranah untuk bermiqat dan seterusnya kembali ke Makkah untuk mengerjakan ibadah umrah.
b) Umrah Tanaim
Jemaah akan dibawa ke Masjid Saidatina Aishah (Tanaim) untuk bermiqat (iaitu niat mengerjakan umrah) dan seterusnya kembali ke Masjidil Haram untuk menyempurnakan ibadat umrah.
Waktu-waktu Lapang dan Umrah
Selain dari mengikuti ziarah pilihan, jemaah bebas mengisi masa lapang dengan memperbanyakkan ibadah di Masjidil Haram. Sabda Rasulullah SAW bermaksud:
"Pada Ka'abah itu ada 120 rahmat kepada pengunjungnya pada setiap hari, iaitu 60 untuk tawaf, 40 untuk solat sunat dan 20 untuk melihat Ka'abah"
d) Ziarah Pilihan Jemaah
Ziarah Hudaibiyah
- Ziarah tempat-tempat bersejarah di Hudaibiyah (Syumaisi)
- Melawat ladang unta.
- Muzium 2 Masjid (Masjid Nabawi & Masjidil Haram) dan Kiswah (Kilang Kelambu Kaabah)
- Selesai ziarah (jemaah akan dibawa bermiqat (berniat ihram umrah) kemudian kembali ke Masjidil Haram untuk menyempurnakan rukun umrah.
Ziarah Gua Hera'
- Jemaah yang ingin menziarahi Gua Hera' mesti mempunyai kesihatan yang baik untuk mendaki Jabal Nur melihat tempat Rasulullah SAW menerima wahyu yang pertama pada waktu malam selepas solat isyak. dan akan dikenakan bayaran tambahan dan jemaah perlu membawa kasut dan pakaian yang sesuai.
No comments:
Post a Comment