Tiada orang yang lebih tahu tentang diri anda, melebihi daripada apa yang anda tahu tentang anda. Perkukuhkan diri anda dengan pekerti yang mulia, mempunyai hasrat berbudi yang subur dengan menguasai cara bercakap yang baik. Berikan senyuman apabila bersua, pedulikan jika ada sindiran kerana senyuman anda. Lebih baik senyum tersengih seperti kerang daripada wajah yang masam mencuka. Ucapkan salam semasa bertemu atau ketika menjawab telefon. Senyum pada orang yang bercakap dengan anda walaupun ketika itu anda hanya berbual di telefon dengannya.
Hangatkan kemesraan semasa berbual, hidupkan mood yang ceria dan fahami cuaca emosi orang yang anda sedang berhadapan. Dengar serta fahami apa yang ingin dibicarakan sebelum anda turut berbual. Pastikan topik yang anda bawa untuk berbincang masih relevan dan menurut arah sepatutnya.
Jadilah seorang yang baik hati dan berkawanlah tanpa sebarang niat untuk mengambil kesempatan ke atas orang lain. Apabila anda mempunyai kesempatan masa untuk berbakti berikan keutamaan dan pilihlah dan pergi kepada mereka yang lebih memerlukan.
No comments:
Post a Comment