Wednesday, February 21, 2018

Taman Tamadun Islam


Monumen Islam Terunggul di Taman Tema Taman Tamadun Islam

Qubbah As Sakhrah
Baitul Muqaddis

Qubbah As Sakhrah berdiri megah sebagai mercu tanda Baitul Muqaddis, salah satu bandar suci bagi umat Islam seluruh dunia. la telah melalui pelbagai cabaran 13 kurun lamanya sejak pembinaannya sekitar 680 ‑ 692 masihi oleh Abd. al‑Malik bin Marwan, khalifah ke‑7 di dalam sejarah tamadun Islam. Khalifah Abd. al‑Malik sendiri adalah seorang penggiat seni bina. Dengan penajaan Kerajaan Umayyah dalam bidang sastera dan seni kontemporari, banyak bangunan agung dibina termasuk Masjid Agung Damaskus. Walaupun ia kelihatan seperti sebuah masjid, namun ia adalah sebuah bangunan yang menempatkan batu di mana Nabi Muhammad S.A.W memulakan Mi'raj. Kubah emasnya berkilauan dipanah cahaya matahari dan sinarannya seperti panggilan syurga. Meskipun sudah beribu tahun, Qubbah As Sakhrah masih lagi salah satu karya seni bina tercantik di dunia.

No comments: