Monday, May 13, 2019

HILANGKAN NAFAS BERBAU

Amalan berkumur dengan air bersih selepas makan atau dijadikan amalan pada senggang masa tertentu adalah baik untuk mengurangkan bilangan bakteria yang terkumpul di dalam mulut.

Berkumurlah dengan pencuci mulut yang tidak mengandungi alkohol atau ethanol pagi dan petang. Jangan juga menggunakan ubat yang mengandungi bahan sedemikian, sekiranya anda mengalami masalah berbau akibat jangkitan gusi seperti gingivitis atau periodontis.



Selain daripada menggosok gigi, bersihkan lidah dan juga flos gigi. Pengurangan aliran/rembesan air liur/saliva meningkatkan kandungan bakteria di dalam mulut dan memburukkan lagi masalah nafas berbau.

Anti histamin, anti depresen, diuretik, bernafas melalui mulutdan terapi sinaran mengurangkan penghasilan saliva. Elakkan minuman beralkohol kerana ianya akan mengeringkan mulut.

Penggunaan ubat cuci mulut dengan bahan yang mengandungi alkohol atau ethanol perlu dielakkan sama sekali kerana ia memburukkan lagi bau mulut dan mengurangkan penghasilan saliva. Sesetengah ubat pencuci ulut mengandungi ethanol dengan kepekatan setinggi 20% (v/v).


No comments: