Friday, June 27, 2014

Hari 2 dan 3 (14 hingga 15 Januari 2014) Madinah

Kami menginap di Silver Mubarak Hotel. Kebetulan pada hari tersebut, saya terlepas untuk bertemu seorang sahabat lama Dr. Akma, kerana pada tarikh itu tiada dalam makluman antara kami akan mengerjakan umrah. Saya hanya mengetahui apabila melihat posting gambarnya bersama suami di hotel yang sama kami menginap dalam FB itupun setelah kembali ke Malaysia.

14 Januari 2014

Sebaik selesai sarapan pagi di hotel, kami berkumpul di lobi hotel dan dibawa oleh Mutawwif mengadakan ziarah. Iaitu Ziarah Dalam iaitu menziarahi makam Rasulullah SAW dan makam para sahabat. Mengenal kawasan Raudah, sekitar Masjid Nabawi dan Tanah Perkuburan Baqi.

Para jemaah dinasihatkan agar mengutamakan bersolat di Masjid Nabawi sepertimana sabda Rasulullah SAW :

"Pahala solat di Masjidku ini adalah seribu kali lebih baik daripada solat di lain-lain masjid kecuali di Masjidil Haram"


15 Januari 2014

Selesai sarapan pagi di Hotel kami dibawa oleh Mutawwif menaiki bas untuk mengadakan Ziarah Luar. Kami dibawa menziarahi Masjid Quba, Masjid Qiblatain dan Masjid Tujuh.

Kami selepas itu dibawa ke Jabal Uhud, di sini pertama kali kami makan buah kurma muda sejuk berais, rasanya amat hebat dalam suasana tengahari dan agak dahaga. Selepas itu kami  dibawa ke Pasar Kurma. Pelbagai jenis kurma ada dijual di situ.

Sementara menunggu jemaah membayar kurma, saya mengambil peluang meronda di sekitar untuk melihat pokok kurma.

Antara pilihan tempat tambahan untuk diziarahi ialah melawat Ladang Kurma dan lawatan ke Kilang Al-Quran. (lawatan ke Kilang Al-Quran pihak Mutawwif perlu dapat kelulusan daripada kerajaan Arab Saudi terlebih dahulu.)












No comments: