Thursday, June 26, 2014

Umrah 12 Hari 9 Malam (Oman Air) 2014

Syukur pada 13 Jan 2014, saya, isteri, serta bapa dan ibu mertua telah pergi untuk menunaikan umrah. Kami menyertai kumpulan yang diketuai oleh Haji Wan Husin iaitu bapa sepupu orang rumah saya. Melalui pakej umrah yang disediakan oleh Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. (Kami sangat mengesyurkan kepada sahabat yang bercadang untuk mengerjakan Umrah. Kami amat berpuashati dengan perkhidmatan Andalusia; memberikan kepuasan melangkaui apa yang kami jangkakan).

Perjalanan kami bermula dengan penerbangan pembiayaan sendiri dari Kuala Terengganu ke KLIA. Manakala, perjalanan pakej umrah yang kami ambil adalah bermula di Kuala Lumpur (KL-Muscat-Jeddah-Madinah).

Kesemua jemaah yang mengikuti pakej ini telah diarahkan berkumpul di Tingkat 5 (Balai Berlepas kaunter M) 3 jam lebih awal sebelum penerbangan kami (WY826 KUL-MCT).

Kami menaiki pesawat WY826 KUL-MCT pada jam 9.30 pagi dan penerbangan berlepas pada jam 10.20 pagi. Kami transit di lapangan terbang Muscat pada jam 1.20 petang sementara penerbangan ke Jeddah WY675 MCT-JED pada jam 4.35 petang.  Kapalterbang yang kami naiki mendarat di Lapangan Terbang Jeddah pada jam 7.00 petang.

Semasa di Lapangan Terbang Jeddah dan setelah selesai urusan imigresen kami dikehendaki menyerahkan pasport masing-masing kepada pegawai muassasah Saudi bagi tujuan merekod kemasukkan kami ke Saudi.

Kami kemudiannya menaiki bas dari Lapangan Terbang Jeddah ke Madinah. Sebelum itu, bas tersebut singgah ke sebuah masjid untuk kami bersolat dan selepas itu kami makan dengan makanan yang dibekal oleh pihak Andalusia sebelum menyambung perjalanan ke Madinah. Perjalanan tersebut mengambil masa lebihkurang 6 jam dan kami mendaftar masuk di Hotel Silver Mubarak pada subuh 14 Jan 2014. Suasana Madinah pada pagi itu adalah pada suhu 16oC. Selesai solat subuh kami berehat sekejap.

Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Muscat - 7 hingga 8 jam.
Penerbangan dari Muscat ke Jeddah - 3 hingga 4 jam.
Menaiki bas dari Lapangan Terbang Jeddah ke Madinah - lebihkurang 6 jam.








No comments: