Wednesday, May 15, 2019

AMALAN UNTUK MEREDAKAN DARAH TINGGI / HIPERTENSI

Penyakit darah tinggi adalah merupakan penyakit kronik yang memerlukan pemeriksaan doktor secara berkala dan jangan ambil mudah atau mengamalkan ubatan tanpa pengiktirafan dan preskripsi daripada mereka yang tidak bertauliah.

Kurangkan pengambilan garam termasuk sos soya, sos ikan dan apa sahaja yang berasaskan garam. Gunakan limau atau lemon sebagai alternatif.

Kurangkan pengambilan daging merah, kurang gula. Alahan makanan juga boleh menjadi punca kepada tekanan darah tinggi dan migrain, maka kenalpasti dan hindari makanan yang menyebabkan alahan.



Seperti nasihat pakar, berhenti merokok, jangan mengambil minuman beralkohol. Senaman harian seperti berjalan selama 30 minit akan mengurangkan tekanan darah tinggi. Bagi mereka yang obes, menurunkan berat badan sebanyak 4.5 - 5.0 kilogram sahaja, mampu menurunkan tekanan darah dengan ketara.

No comments: