Regimen penurunan berat badan adalah berbeza bagi setiap individu. Terdapat pelbagai produk untuk penurunan berat badan. Tetapi langkah yang diambil untuk tidak meningkatkan berat badan itu adalah langkah yang harus dipuji kerana ianya adalah petanda anda akan berjaya menurunkan berat badan dengan usaha yang konsisten.
Sesiapapun yang bercadang menurunkan berat badan perlu menurunkan amaun makanan yang diambil, dan jangan sesekali menyekat pengambilan makanan hingga 100%, amat tidak praktikal.
Makanan yang perlu dihadkan atau adalah seperti makanan berminyak, berlemak, bergoreng, makanan manis, pencuci mulut, minuman ringan yang manis, jus buah-buahan, bahagian daging yang berlemak, kulit ayam. Makanan yang berasaskan santan kelapa seperti gulai berlemak, kari dan nasi, susu, keju, roti canai, mentega dan margerin.
Kulit ikan adalah baik untuk kesihatan, manakala susu tanpa lemak juga adalah baik.
Untuk mengekalakan penurunan berat badan, individu perlu mengamalkan pemakanan berkalori rendah. Diet protein, diet karbohidrat dan semua diet yang lain sudah dibuktikan tidak berkesan.
Ramai individu yang mengamalkan program diet yang salah dimana dengan hanya mengambil produkpenurunan berat badan selama beberapa hari pertama.
Berat badan turun akibat badan kehilangan banyak air - ini sama sekali tidak sihat. Perlu diingat bahawa kehilangan ini adalah untuk sementara sahaja dan tidak baik untuk kesihatan.
Kehilangan berat badan dalam sauna juga ialah kehilangan air yang sementara sahaja. Pengambilan diuretik untuk menghilangkan berat bdan juga tidak sihat dan mengakibatkan masalah buah pinggang dan kulit anda akan menjadi lebih tua dan tidak bermaya akibat kehilangan air.
Program diet yang berjaya harus menjadi cara hidup seseorang.
No comments:
Post a Comment